• Promosi KKRB

  • Promosi PSH

     

Permohonan Online ePSH

Demo Image

eBorang

Kursus Pendek - Reskilling
MOHON!

Kolej Komuniti Rembau

Pada awal penubuhan Kolej Komuniti Rembau (KKRB), kolej ini beroperasi di bangunan SPKK (kini JPKK-Jabatan Pengajian Kolej Komuniti) pada Jun 2009. Kolej ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada Oktober 2009 bertempat di bangunan rasminya di Taman Pinggiran Pedas, Negeri Sembilan. Ambilan pertama pelajar telah di lakukan pada Januari 2010 bagi program Sijil Agro Teknologi iaitu seramai 10 orang pelajar telah mendaftar.

Kolej ini mempunyai 2 blok iaitu blok A dan blok B yang mana ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk kebajikan dan keselesaan para penghuninya. Antaranya adalah cafe, pusat sumber, makmal komputer, makmal bahasa, dewan kuliah, bilik masakan, bilik jahitan, makmal pemprosesan makanan, 4 buah Rumah Hijau dan Ladang Agro. Segala kemudahan yang telah disediakan sentiasa dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para pelajar KKRB amnya. Di samping turut dilengkapkan dengan kemudahan dua surau (Lelaki & Perempuan) bagi pelajar beragama Islam.

Kolej yang pada peringkat awal penubuhannya hanya terdiri daripada Bahagian Pentadbiran, kini ianya telah mempunyai seorang Pengarah dengan 2 Jabatan serta 2 Unit iaitu Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran yang terdiri daripada 11 orang pensyarah. Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) pula terdiri daripada 4 orang kakitangan, Unit Pentadbiran & Kewangan terdiri daripada 8 orang kakitangan dan Unit ICT & Pembangunan pula mempunyai 3 orang kakitangan.

Penubuhan Kolej Komuniti Rembau ini, dapat memenuhi kehendak sosial dan keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir. Bagi warga komuniti di Rembau, kolej ini berperanan memberi pendedahan kepada mereka dengan kursus-kursus pendek yang ditawarkan yang mana lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan serta berpeluang membuka perniagaan sendiri.  

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel: 066858672 / 066858654
  • No Faks: 066858698
  • Email: adminkkrb@kkrembau.edu.my
  • Alamat: Kolej Komuniti Rembau, Lot PT 2565-2579, Taman Pinggiran Pedas, 71400 Pedas, Negeri Sembilan.
  • mohe
    MOHE
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    www.mohe.gov.my
  • akept
    AKEPT
    Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi
    akept.mohe.gov.my
  • upu
    UPU
    Kemasukan Pelajar Pendidikan Tinggi
    upu.mohe.gov.my
  • jpkk
    JPKK
    Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
    www.jpkk.edu.my
  • hrmis
    HRMIS
    Sistem Pengurusan Sumber Manusia
    www.eghrmis.gov.my
  • esis
    eSIS
    Staff Information System
    www.esis.gov.my/esis2